Skincare dari Ensulife Science yang telah bekerjasama dengan SIRIM BERHAD untuk mencipta skincare yang bertaraf antarabangsa !
Ensutouch adalah inovasi terkini oleh 3 orang Senior Scientist Researcher dan 8 orang Master Researcher dari SIRIM BHD, diketuai oleh Dr Nurul Izza Nordin. Kajian dan penyelidikan ini telah memakan masaselama 2 tahun. Mereka telah menghasilkan skincare yang pertama di Malaysia mengunakan teknologi enzim sebagai bahan aktif utama. Menggunakan asas teknologi hijau (“Green Technology") sebagai asasnya, Ensutouch tidak mengandungi apa-apa bahan kimia dan semua bahan asasnya adalah bahan semulajadi.
Bahan aktif utama bagi Ensutouch Cosmeceutical adalah Enzim Bromelin yang dihasilkan daripada buah nenas yang menjadi pemangkin kepada proses rejuvinasi kulit untuk penggantian sel kulit baru yang lebih cepat, menghasilkan kulit yang lebih segar dan anjal.
Enzim merupakan pemangkin untuk mempercepatkan sesuatu proses kerana ia bertindak secara meresap ke dalam kulit kita.
Contohnya seperti enzim yang berada pada lidah, cepat untuk kita merasa.
Kajian produk Ensutouch ini telah menggunakan kaedah 3D Cell Screening, juga kaedah pertama yang dijalankan di Malaysia. Setelah itu, UJIAN KLINIKAL juga telah dijalankan ke atas 100 individu oleh SIRIM BHD, di mana hasilnya adalah sangat memuaskan.
Berdasarkan kajian, setelah individu berusia 21 tahun, keanjalan kulit akan mula berkurangan pada tahap 1.5% setiap tahun. Maka kulit akan mula mengendur (kurang anjal) dan proses penuaan akan mula berlaku jika tidak dicegah.
Tona tak sekata dan kulit kering adalah di antara tanda proses penuaan yang telah berlaku.
Keupayaan Enzim Bromelin di dalam Ensutouch dapat terus meresap ke dalam lapisan kulit paling dalam yang dikenali sebagai fibroblast yang mana pada lapisan fibroblast, sel kulit dapat menghasilkan collagen semulajadi untuk membantu proses antipenuaan. Kesan kelembapan pada kulit boleh dirasai seawal 3 jam selepas pemakaian produk Ensutouch.
Enzim Bromelin juga adalah sebagai pemangkin (catalyst) kepada proses rejuvinasi (penggantian) sel kulit dari sel kulit lama kepada sel kulit baru. Yang mana ianya boleh membantu untuk memulihkan tompok hitam / pigmentasi / jeragat yg berada pada kulit wajah kita dengan lebih cepat.
Untuk kesan pencerahan pula, Enzim bromelin mampu untuk merencatkan penghasilan enzim tyrosinase yang menghasilkan melanin kesan drpd sinaran UVA. (Melanin adalah zat protein yang berperanan menentukan warna kulit seseorang. Lebih banyak melanin, lebih gelap warna kulitnya). Dengan ini kulit lebih cerah berseri secara semulajadi.
Kajian tentang Enzim Bromelain ini juga telah berjaya memenangi Anugerah Silver Medal ITEX 2018 yang ke 29 pada bulan May 2018. Satu kejayaan yang amat bermakna buat Ensutouch.
Enstouch bermula dengan 3 item.
Facial Cleanser (50ml)
- Mengeluarkan kotoran dari kulit
- Mudah tanggalkan makeup
- Kulit mnjadi lebih lembut
- Bebas SLES,SLS & paraben
Penggunaan :
Pada wajah yang sudah di basahkan, ratakan cleanser bersama urutan lembut. Bilas dengan air bersih. Guna 2 kali sehari atau mengikut keperluan harian
Sleeping Mask (50ml)
- Menyejukkan kulit
- Mempercepatkan proses peremajaan
- Menyegarkan kulit anda
Menyegarkan kulit anda & proses peremajaan menjadi lebih cepat dan menjadikan kulit kelihatan muda. Tidur lena, bangun dengan kulit lebih segar dari biasa
Penggunaan:
Selepas Active Skin Repair Serum. Ratakan pada seluruh wajah. Tanpa bilas
Active Skin Repair Serum (30ml).
- Membaiki kulit
- Anti penuaan
- Anti kedutan
- Melembapkan kulit
- Mencerahkan kulit
''Kulit menjadi licin & lembap serta membaiki & menyuburkan kulit untuk nampak lebih lembut dan sihat''
Penggunaan:
Hanya perlu letakkan serum pada tapak tangan dan jadikan ianya 5 dot pada wajah muka. Pengunaan serum pada waktu siang sebagai moisturizer kerana enzim bromelin mampu melembapkan kulit. Penggunaan pada waktu malam akan membantu mempercepatkan proses rejuvinasi kulit.
Info Harga dan Pakej Ensutouch
Ensutouch Bersiaran Di TV1